Highlights (RSS Feed) on Nostr: **Dua lelaki maut dalam kemalangan** ...
**Dua lelaki maut dalam kemalangan**
**KEPALA BATAS**: Dua lelaki meninggal dunia selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW di Jalan Sungai Lokan, di sini awal hari ini.
Kedua-dua mangsa Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian, ekoran kecederaan parah dialami mereka.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas Nazril Syazwan Khalil berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.41 pagi, memaklumkan terdapat kemalangan membabitkan dua kenderaan.
“Sebaik tiba, kami mendapati mendapati sebuah kereta Perodua Myvi telah terjatuh dari tebing di tepi jalan dan terdapat dua lelaki di dalam kenderaan tersebut.
“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nazril Syazwan berkata bagaimanapun lelaki berusia 46 tahun yang memandu kereta jenis BMW dan terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan. - _Bernama_
https://thesun.my/cerita/dua-lelaki-maut-dalam-kemalangan-GP11874714