Highlights (RSS Feed) on Nostr: **Polis: Warga emas hilang di Kluang dipercayai terjatuh ke dalam longkang** ...
**Polis: Warga emas hilang di Kluang dipercayai terjatuh ke dalam longkang**
**KLUANG**: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat, petang semalam dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ismail di sini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Nor berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mula menjalankan siasatan di kawasan kejadian bermula pagi tadi termasuk pemeriksaan melalui sebuah kamera litar tertutup (CCTV).
Katanya, hasil pemeriksaan CCTV di bangunan Persatuan Eng Choon di sini mendapati adanya kelibat seorang individu telah terjatuh ke longkang besar berhampiran Sungai Mengkibol sekitar pukul 4.15 petang semalam.
“Gerakan mencari dimulakan di kawasan longkang yang keadaan airnya cetek dan juga sehingga ke dasar Sungai Mengkibol dengan melibatkan anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),“ katanya kepada pemberita selepas meninjau di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang di sini hari ini.
Bahrin berkata usaha mencari mangsa telah merangkumi tiga kilometer ke bahagian hilir Sungai Mengkibol dengan menggunakan tiga bot milik polis dan sebuah bot milik bomba.
“Berikutan cuaca yang tidak mengizinkan operasi ditangguhkan pada pukul 6.30 petang tadi dan akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok,“ katanya
Media melaporkan seorang pesara daripada Rejimen Grup Gerak Khas (GGK) Ab Manan Keri, 73, yang lengkap berpakaian Kelab Veteran Komando dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah menghadiri Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Dataran Tasik Kluang di sini. _-Bernama_
https://thesun.my/cerita/polis-warga-emas-hilang-di-kluang-dipercayai-terjatuh-ke-dalam-longkang-LP11872911