Highlights (RSS Feed) on Nostr: **Orang ramai manfaat tiket percuma serbu Pusat Sains Negara** ...
**Orang ramai manfaat tiket percuma serbu Pusat Sains Negara**
**KUALA LUMPUR**: Orang ramai memanfaatkan tiket percuma ke Pusat Sains Negara (PSN) di sini yang ditawarkan sempena festival sains terbesar Xporia Sains 2023, berlangsung selama tiga hari bermula semalam.
Tinjauan Bernama mendapati cuti sekolah yang bermula semalam turut menjadi faktor ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan berkunjung ke program Xporia Sains itu.
Seorang pengunjung dari Kulai, Johor, Hasmae Lizati Ghazali, 36, berkata PSN adalah lokasi sesuai untuk memberi pendedahan kepada tiga anaknya mengenai mata pelajaran Sains.
“Ada pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti aktiviti makmal dan beberapa aktiviti fenomena sains lain yang secara tidak langsung menguji minda dan intelektual mereka,“ katanya kepada Bernama.
Guru pengiring dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min ‘A’, Kulim, Kedah, Lim Suk Wen, 38, berharap lawatan sambil belajar ke PSN dapat meningkatkan kemahiran muridnya dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
“Saya dapati ada pelbagai aktiviti sains yang boleh diteroka yang mana mereka mungkin tidak pernah mengalaminya sendiri, seperti pengalaman dalam menghadapi bencana gempa bumi. Secara tidak langsung, mereka mendapat ilmu selain daripada buku teks,“ katanya yang hadir bersama 38 muridnya dalam lawatan sambil belajar.
Murid Sekolah Kebangsaan Air Putih, Kuantan, Naurah Sofia Mohd Asri, 11, mengakui teruja apabila berkesempatan mengunjungi PSN bersama keluarganya sempena cuti sekolah ini.
“Saya minat bidang STI... banyak saya belajar apabila berkunjung ke sini, contohnya mengenai kincir angin dan konsep tenaga boleh baharu yang sangat penting dalam kehidupan,“ katanya.
Penjawat awam dari Kluang, Johor, Nuraqilah Anis Safiee, 25, berkata PSN berfungsi sebagai gedung ilmu mengenai bidang STI dan disampaikan secara interaktif serta bersifat penerokaan sendiri.
“Saya sendiri rasa teruja dan seronok dengan setiap aktiviti dan permainan yang disediakan terutamanya yang berkaitan dengan teknologi realiti maya yang memberikan satu pengalaman baharu dan menarik,“ katanya.
Semalam, Pengarah PSN Mohammad Fuad Rahman dilaporkan berkata pihaknya menyasarkan kehadiran 40,000 pengunjung sempena program Xporia Sains 2023 yang berlangsung di PSN Kuala Lumpur di sini dan PSN Wilayah Utara di Alor Setar, Kedah.
Terdapat lebih 40 aktiviti berkonsepkan sains ditawarkan kepada pengunjung antaranya Ceritera Sebalik Radas, Garaj Robot, Momentum Extreme, Solusi Sains, Sains Situ Sana Sini, Zon Teknofutura, Sukaneka Sains, Sudut e-Sport dan penampilan khas bersama maskot Mechamato.–Bernama
https://thesun.my/cerita/berita/orang-ramai-manfaat-tiket-percuma-serbu-pusat-sains-negara-LP11876926