Highlights (RSS Feed) on Nostr: **STeP bantu 114,000 usahawan menerusi pelbagai program keusahawanan** ...
**STeP bantu 114,000 usahawan menerusi pelbagai program keusahawanan**
**IPOH**: Sebanyak 114,000 usahawan berjaya dibantu menerusi 414 program keusahawanan yang dilaksanakan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bersama agensi negeri membabitkan peruntukan RM348 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata program seperti Go Cashless n E-Commerce, bantuan sekali beri, moratorium, Geran Khas Prihatin dan skim mikrokredit telah membantu peniaga membina dan mengembangkan perniagaan terutamanya selepas pandemik.
“Geran Usahawan Perak (GeRUP) juga antara inisiatif yang memberi limpahan manfaat kepada usahawan.
“Saya dimaklumkan sehingga kini hampir 900 permohonan usahawan telah diluluskan. Begitu juga dengan pelaksanaan Program Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi 2023 telah menjelajah ke 11 daerah yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 usahawan,“ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Negeri Perak 2022 yang julung kali diadakan di sini malam tadi.
STeP ditubuhkan pada Oktober 2020 dengan menggabungkan lapan agensi termasuk lima agensi persekutuan berkaitan usahawan berada dalam satu organisasi bagi memberi manfaat kepada usahawan di Perak.
Dalam pada itu, Saarani berkata menerusi Belanjawan Perak 2024, beliau telah mengumumkan program-program usahawan akan terus diperkasakan dan STeP menerima pertambahan peruntukan RM1.3 juta.
Beliau berkata inisiatif keusahawanan juga meningkat malah buat julung kalinya kerajaan negeri memperkenalkan program pembangunan koperasi dengan dana permulaan RM1 juta.
“Begitu juga pelbagai jabatan dan agensi serta GLC negeri yang akan digerakkan bagi membantu memperkasa usahawan kita. Saya harap kerjasama terus dijalin dan diperkemas agar agenda mengupayakan usahawan Perak terus subur,“ katanya.
Terdahulu, sebanyak 17 orang daripada lebih 400 pencalonan yang memenangi kategori anugerah usahawan menerima trofi dan sijil bagi menyuntik semangat lebih jitu dalam mengejar kejayaan dan memberi inspirasi kepada usahawan lain untuk berusaha lebih gigih mencipta keberhasilan. - _Bernama_
https://thesun.my/cerita/step-bantu-114000-usahawan-menerusi-pelbagai-program-keusahawanan-GP11873603