What is Nostr?
Aulia Masna /
npub17x4…0gp7
2024-08-21 17:47:22

Aulia Masna on Nostr: Reading this Malaysian take on the political crisis happening in Indonesia is a full ...

Reading this Malaysian take on the political crisis happening in Indonesia is a full trip because the words are similar and more than a few are spelt differently but I’d need a translator to understand the full text.

If you don’t want to open X, here’s the full post in Malay:

Untuk rakyat Malaysia

Apa cerita kat Indonesia skrg ni?

Baca sampai habis

Situasi tularnya gambar pengumuman darurat 1991 oleh rakyat Indonesia skrg ni sebab berkaitan perubahan besar RUU No 10 Berkaitan Pemilihan Gabenor, Datuk Bandar dan Wakil Daerah atau dikenali sebagai RUU Pilkada. Keputusan ini dipanggil Keputusan Mahkamah Perlembagaan No 60 /PUU-XXII/2024

Perubahan ini dimohon oleh Parti Buruh dan Parti Gelora dengan membuka kes di mahkamah berkenaan

Di mana sebelum ini kalau nak bertanding sebagai ketua daerah. Parti Politik atau pakatan parti yang menghantar wakil kena ada 20% wakil dalam Majlis Perwakilan Rakyat Daerah(DPRD) atau 25% jumlah undi dalam kemenangan kerusi DPRD. Ini berdasarkan Artikel 40 Perenggan (1) Undang Undang Pemilihan Daerah.

Perubahan baru ni menyebabkan tak perlu menang DPRD Untuk hantar wakil jadi ketua daerah terutama untuk jadi Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta nanti selain hanya perlu ada undi sebanyak 7.5% jumlah undi dalam Pilihan Raya DPRD 2024. Dijangka Pilihan Raya Pilkada akan diadakan pada 27 November tahun ini

Sebelum ni disebabkan nak capai syarat ni. Pakatan politik diwujudkan di peringkat atasan antara sesama ahli politik DPRD dan bukannya calon yang rakyat nak. Jadi berubah benda ni bolehkan ada peluang untuk parti dengan calon lebih banyak join Pilkada

Keputusan ni dianggap mengejutkan dalam situasi politik Indonesia dan membolehkan Anies Baswedan iaitu calon Presiden Indonesia dan bekas Gabenor Jakarta boleh ada peluang untuk bertanding

Rakyat Indonesia skrg menyokong perubahan ni sebab bermakna lebih ramai calon bebas boleh bertanding sebagai gabenor atau wakil daerah. Berbanding sebelum ini kena punyai jumlah kerusi tertentu di DPRD supaya boleh bertanding sebagai gabenor

Sebab tu protes hari ini adalah amaran rakyat Indonesia agar Parlimen Indonesia atau Dewan Perwakilan Rakyat(DPR) tidak bantah keputusan ni

Sebab kalau keputusan ni dilawan. Seolah olah macam menentang demokrasi lah sebab kita hanya boleh undi calon tertentu je atau kroni gitu. Skrg ni demokrasi lebih terbuka

Senang cerita sebelum ni. Nak jadi Gabenor. Parti politik kena Menang di DPRD dengan jumlah kerusi atau undi yang cukup.

Skrg lepas berubah. Mana mana parti politik boleh hantar calon untuk bertanding sebagai gabenor. Layanan lebih bebas kepada calon parti politik dan bebas. Sbb calon parti politik je kena syarat sebelum ini

Sebelum perubahan ini hanya ada gandingan Ridwan Kamil-Susono dari Pakatan Indonesia Maju(KIM Plus) menentang Dharma Pongrekun dan Kun Wardana yang akan bertanding bebas. Jadi mungkin pertarungan politik lebih besar di peringkat daerah lepas ni untuk Indonesia

Jadi sebenarnya ini perubahan besar untuk politik Indonesia

#Indonesia #Politics #TootSEA

https://x.com/marchfoward/status/1826239088430866723?s=46&t=VYD6j1d6m8jS0s0BqPfmEQ
Author Public Key
npub17x4nprvvx9afcdyar4ghlungt589280vczn6tupcskv5vp7wv8qskx0gp7